Monday, May 28, 2012

Beat the Con (Pre)

Assalamualaikum Warahmatullah,

Insya Allah, mulai hari ini saya akan cuba berkongsi pengalaman hidup tentang hidup dan tentang permainan kehidupan. Tujuan?? Wallahualam, mungkin ada secuis kesedaran dalam diri saya untuk berkongsi pengalaman ini agar anak-anak muda, saudara mara, sahabat handai, ataupun sesiapa pun yang membaca dapat sedikit rujukan dalam membuat keputusan dalam kehidupan masing-masing. Mungkin dalam perniagaan, pembelajaran, hubungan silaturrahim, perjuangan dan sepelbagai coretan warna yang telah disediakan di dunia ini untuk kita.

Saya akan terus cuba menulis dalam bahasa yang difahami oleh orang Malaysia yang lumrahnya sangat indah di hujani dengan pelbagai kaum. Seribu kemaafan dipinta atas nukilan ini yang berbentuk agak pelik dari kebiasaan ayatnya. Walaubagaimanapun, mulai esok penulisan saya akan bermula tentang kehidupan dalam bahasa yang mudah difahami dan mudah dierti dan disaksi bahwa penulisan itu dari diri saya.

Mengapa ingin saya tuliskan ini dan apakah relevannya penulis saya nanti?

Setelah berkecimpung dalam dunia perniagaan korporat, dan kurang korporat selama beberapa tahun dan dihadiahkan (dan masih) pelbagai ujian dari Illahi untuk saya menjadi insan yang lebih beriman (Insya-Allah), saya belajar dari mereka yang terbaik, saya belajar dari kesilapan saya dan kesaksian mata, telinga dan tubuh badan saya. Wajib rasanya bagi saya melangkah berkongsi ilmu yang milik Allah SWT yang telah disaksikan oleh jasad dan rohani saya sendiri kepada sekalian pembaca.

Apa yang akan saya tulis?
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, saya hanyalah seorang hamba yang menyampaikan dan masih mengharapkan rahmat dan syafaat dari-Nya. Terdapat banyak topik yang agak berterabur sejak sekian lama saya mengumpul, Alhamdulillah - segala pertaburan topik-topik ini dapat saya satukan atas perkara yang paling baru terjadi, dan sesungguhnya saya masih lagi bermain dalam permainan duniawi yang tersebut.

Tajuknya?
-BEAT THE CON-MEN
Tulisan saya akan lebih fokus tentang golongan muda yang berdarah panas, sentiasa lapar dengan ilmu dan kejayaan- kebiasaannya abaliti golongan ini luar biasa tapi sering disekat, dipandang enteng, dihingus-hinguskan dan diambil kesempatan oleh orang yang lebih matang dan yakin untuk mempergunakan unsur-unsur kemenangan di sekelilingnya sedangkan sebenarnya kemenangan itu adalah hak golongan muda sendiri. Apakah masih ada tempat untuk kejayaan orang muda? Bagaimana hendak mengenali golongan parasit yang mengambil kesempatan ini dan bagaimana mereka bertindak? Adakah golongan parasit ini hanya datang dari golongan tua? Sehampir manakah parasit ini di sekeliling kita?

Harapan saya?

Kini saya berada dalam sekumpulan golongan parasit yang tidak tahu akan kewujudan saya menentang mereka, lambat laun saya akan diludah keluar dari kumpulan ini. Biarlah sebagai trade, saya kongsi pengalaman ini dengan anda semua. Bacalah tulisan saya, kerna saya tak mengarapkan wang ringgit , bacalah, biarlah kamu Cina, Melayu, India mahupun kamu sendiri parasit itu, agar anak cucu kita tak termakan racun-racun yang telah saya kenali ini.

Saya hanya berharap generasi saya dan akan datang akan berani bertindak, melangkah ke satu alam baru, keluar dari kepompong penindasan, buka mata hati masing-masing dan mengerti dunia ini hanyalah satu permainan dan pengakhirannya hanya hilai tawa. Its a game. I hope my dear readers - will evalute and mix with your current experience so we would be better for ourselves and our family.

p/s: Tulisan saya tidak ada kene mengena dengan pilihanraya mahupun parti-parti politik ataupun pengamal demokrasi.

Insya-Allah - I'll start tomorrow.


No comments:

Post a Comment